FAKTOR KEJAYAAN TUAN GURU NIK AZIZ 
             BERKUASA DI KELANTAN SELAMA 20 TAHUN




 Kerajaan Kelantan menetapkan sesuatu keputusan melalui perbincangan oleh berbagai pihak yang memiliki kepakaran, tanpa melanggar prinsip Islam, seperti yang dinyatakan dalam firman Allah Taala, bermaksud:

“...dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”  (Surah Ali Imran : ayat 159)

Prinsip Syura ini amat penting kerana dapat mengelakkan daripada pemerintahan secara kuku besi. Sebaliknya syura dapat melahirkan sikap tanggungjawab bersama yang tinggi, kerana masing-masing mengetahui bahawa keputusan yang diambil itu adalah keputusan bersama. Semangat dan roh syura merupakan perkara pokok dalam kegiatan pentadbiran Kelantan.

 Tuan Guru Nik Aziz mempratikkan  prinsip al Syura dalam pengurusan negerinya iaitu negeri Kelantan .Syura merupakan elemen yang penting di dalam sesebuah Negara Islam. Hal ini kerana ia merupakan lambang kepada Negara Islam. Selain itu, ia juga telah di perintahkan oleh Allah di dalam al-Quran dan sunnah nabi. Di dalam syura mengandungi berbagai prinsip yang murni seperti hak persamaan, keadilan dan kebebasan bersuara. Namun, ia juga sering dikaitkan dengan amalan demokrasi yang diasaskan oleh barat. Ada ilmuan yang mengatakan bahawa syura dan demokrasi adalah sama. Dan ada juga yang mengatakan ia bertentangan sama sekali. Di dalam kertas kerja ini, penulis sedikit sebanyak akan menjelaskan apakah kaitan syura dengan demokrasi. 

  Antara faktor kejayaannya mempratikkan al Syura di bawah pemerintahannya di kelantan adalah hanya meneruskan profesyennya sebagai guru pondok, mengajar politik agama dan beliau sendiri tidak menukar penampilannya tok guru, tidak pernah membuang serbannya, tidak pernah memakai baju batek, kot atau tali leher. Selain itu , Tok Guru  tidak memberikan apa-apa kepada rakyat Kelantan, kecuali doa dan ajaran agama dan memberikan mereka dengan cerita-cerita agama. Seterusnya , Tanpa memberikan kontrak, projek dan bantuan kepada rakyat Kelantan, maka mereka tidak dapat membuat perbandingan, tidak merasakan ketidakadilan, tidaklah timbul cerita pembahagian yang tidak sama, tidak timbul kisah si Ali dapat kontrak besar dan Si Abu dapat projek kecil, Nik Hassan dapat RM50juta dan Tuan Ibrahim dapat hanya RM1 juta. Bila semua tidak dapat maka semuanya berada dalam keadaan tidak ada apa-apa yang hendak dicemburui.

Sebuah kerajaan yang tidak memberi apa-apa adalah lebih baik dari kerajaan yang memberi, kerana tidak mungkin akan dapat berlaku keadilan dalam semua pemberian. Tidak pernah timbul soal kemiskinan di negara komunis kerana semuanya hidup miskin, tetapi setelah keluar kepasaran bebas maka sekarang mereka menghadapi masalah sosial dan ekonomi, kerana ada orang berkereta dan ada yang berjalan kaki, tetapi semuanya bergerak ke hadapan untuk kehidupan yang lebih baik.

Sekarang ini hanya tinggal rakyat Cuba dan Korea Utara yang tidak tahu ada kehidupan yang lebih baik dari mereka, tetapi orang Kelantan bernasib baik boleh melangkah keluar kerana tidak ada tembok Berlin atau Tembok Besar China dan boleh mencari rezeki halal atau haram di luar Kelantan untuk di bawa pulang ke Serambi Mekah.

  Antara kejayaannya ialah ,. Menyelamatkan wang rakyat daripada unsur riba dengan memindahkan simpanan tetap Kerajaan Negeri daripada bank yang mengamalkan sistem konvensional (Bank Bumiputra Malaysia Berhad) ke Bank Islam Malaysia Berhad. Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (al-Rahn) mulai tahun 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai yang beroperasi menggunakan kaedah riba ditukar kepada sistem Islam mulai tahun 1993. Sistem ini kemudiannya ditiru oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia dan Bank Rakyat. Menjadi satu kesalahan besar menurut al-Quran dan al-Sunnah apabila kerajaan membiarkan rakyat bergelomang dengan gejala riba dan maksiat.  Menguatkuasakan etika berpakaian menutup aurat kepada kakitangan kerajaan sebagaimana yang dikehendaki oleh al-Quran. Malah Kerajaan Negeri tidak lagi membenarkan papan iklan yang memperagakan wanita yang mendedahkan aurat.  Mengharamkan terus perjudian pada 1 Januari 1992 berpandukan nas al-Quran dan hadith Nabi yang jelas mengharamkan judi.


   Selain mempratikkan prisip Al Syura , beliau juga telah mempratikkan satu lagi prinsip iaitu Prinsip Al Adalah . Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubhat dengannya.

Dalil yang mengatakan tentang Al-‘Adalah, firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat… ( Surah Al-Nahl:90 ).


 Seterusnya , Tuan Guru Nik Aziz telah melaksanakan Prinsip menegakkan keadilan

 Kerajaan Kelantan mendokong dasar keadilan sejagat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik berpandukan Firman Allah Taala dalam ayat 58 Surah an-Nisa di atas.Oleh itu, kerajaan Kelantan menentang keras sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan oleh pihak kerajaan ke atas rakyat. Dasar keadilan kerajaan Kelantan  sangat menekankan  jaminan perlindungan  hak-hak warganegara yang beragama Islam dan yang bukan Islam dalam semua aspek kehidupan. Menurut Ibn Khaldun, kezaliman akan mendedahkan negara kepada kemusnahan. 

  Selain itu , Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa kepimpinan Kerajaan bukanlah suatu anugerah untuk mengaut keuntungan diri sendiri. Sebaliknya kepimpinan merupakan amanah dan mas’uliyah yang berat terhadap Allah dan masyarakat sebagaimana yang dinyatakan dalam Firman Allah Taala dalam ayat 58 Surah an-Nisa di atas.

Pemimpin akan menghadapi soal jawab di akhirat dan sentiasa terdedah kepada kritikan orang ramai di dunia, sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. 

Prinsip ini menekankan supaya pemimpin melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, tanpa menyeleweng, kerana segala perbuatan mereka akan disoal oleh rakyat dan disoal oleh Allah di akhirat. Menurut Ibn Taymiyyah, prinsip amanah ini amat penting kerana dapat menjamin  pihak berkuasa benar-benar menjalankan siasah yang adil, berpegang kepada sistem dan peraturan, etika dan nilai yang mulia. Dengan itu dapat menghindarkan daripada kegiatan rasuah, penyelewengan, kronisme dan sebagainya. 


Akhir sekali , apabila Tuan Guru Nik Aziz memegang jawatan Menteri Besar, beliau dengan tegas menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber pentadbiran. Yang terjadi selepas itu ialah tidak ada huru hara yang berlaku, tiada kegagalan ekonomi, tiada penyelewengan, tiada perbalahan kaum dan agama, sebaliknya wujudnya keharmonian, perkembangan ekonomi dengan penglibatan golongan pelabur yang sanggup menjalankan aktiviti perniagaan besar. Tambahan pula banyaknya peningkatan aktiviti dakwah dan kebajikan masyarakat dari semasa ke semasa. Hal ini telah membuka pandangan positif masyarakat terhadap kemampuan Islam dalam pentadbiran yang bergantung sepenuhnya kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijtihad.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BIODATA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT